Sejarah operasi AV-8_Harrier_II

Kor Marin Amerika Syarikat

Tentera Laut Itali

Tentera Laut Sepanyol

Dua buah pesawat EAV-8B Harrier II Plus di atas kapal pengangkut pesawat Príncipe de Asturias

Pengguna antarabangsa pertama, Sepanyol mula memesan 12 buah pesawat AV-8S Matador pada bulan Mac 1983.[3] diberi designasi sebagai VA-2 Matador II oleh Tentera Laut Sepanyol (Armada Española), versi ini dikenali sebaai EAV-8B oleh McDonnell Douglas.[4] Latihan untuk juruterbang dilakukan di Amerika Syarikat. Pada 6 Oktober 1987, 3 buah pesawat pertama Matador II telah diserahkan di Stesen Tentera Laut Rota.[4] Pesawat baru ini dicat dengan 2 tona skema warna kelabu, sama dengan pesawat milik Tentera Laut A.S. Penghantaran terakhir dilakukan pada tahun 1988.[4]

Ujian juruterbang oleh pihak BAe di atas kapal pengangkut pesawat Príncipe de Asturias diluluskan untuk operasi pada bulan Julai 1989. Kapal ini yang mengantikan Dédalo pada era Perang Dunia II, mempunyai cerun lompatan ski sebanyak 12°.[3][4] Mengikut rancangan asal, unit pertama yang akan menggunakan pesawat ini adalah 8a Escuadrilla. Unit ini kemudian dibubarkan pada 24 Oktober 1986, setelah pesawat AV-8S Matador dijual kepada Thailand.[4] Sebaliknya, 9a Escuadrilla ditubuhkan pada 29 September 1987, bagi menjadi sebahagian daripada Kumpulan Udara Pembawa Alpha dan menggunakan pesawat EAV-8B.[4]

Pada Mac 1993, di bawah perjanjian persefahaman tiga pihak di antara Amerika Syarikat, Itali, dan Sepanyol pada September 1990, 8 buah pesawat EAV-8B Plus Matador telah dipesan, bersama-sama dengan pesawat latihan dua tempat duduk TAV-8B.[3][4] Penghantaran pesawat ini mula dilakukan pada tahun 1996.[3] Pada 11 Mei 2000, Boeing dan NAVAIR memuktamadkan sebuah kontrak untuk mengeluarkan semula pesawat EAV-8B Sepannyol kepada standard Plus. Boeing mengatakan bahawa perjanjian ini perlu untuk mengeluar semula dua buah pesawat EAV-8B, dengan pilihan untuk tambahan 7 buah pesawat;[5] sumber-sumber lain mengatakan jumlah kesemua pesawat adalah 11 buah.[3] Pengeluaran semula ini membolehkan pesawat ini membawa 4 buah peluru berpandu AIM-120 AMRAAM, meningkatkan kepekaan situassi juruterbang dengan pemasangan radar dan avionik baru, serta menukar kepada enjin baru.[3][5] Akhirnya, 5 buah pesawat telah diubah suai, dengan unit terakhir diserahkan pada 5 Disember 2003.[6]

Pesawat EAV-8B Sepanyol juga menyertai operasi menguatkuasa Zon Larangan Terbang di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu di Bosnia dan Herzegovina].[3] Sepanyol tidak menghantar kapal pengangkut pesawatnya untuk menyertai Perang Iraq pada tahun 2003, sebaliknya mengaturgerak pesawat F/A-18 dan pesawat lain ke Turki bagi mempertahankan negara ini dari sebarang potensi serangan Iraq.[7] Bermula pada 2007, Sepanyol mula mencari penganti bagi pesawat Harrier II dengan pilihan terdekat adalah F-35B.[8][9] Walaubagaimanapun, pada bulan Mei 2014 kerajaan Sepanyol telah mengumumkan ia memutuskan untuk memanjangkan hayat khidmat pesawat ini hingga selepas tahun 2025 di sebabkan kekangan dana untuk membeli pesawat gantian.[10]

Berikutan pelucutan tauliah kapal pengangkut Príncipe de Asturias pada Februari 2013,[11] satu-satunya platform bagi pesawat Harrier Sepanyol boleh beroperasi adalah dari kapal serangan amfibia Juan Carlos.[12]

Rujukan

WikiPedia: AV-8_Harrier_II http://www.armada.ch/landing-ships-and-helicopter-... http://www.boeing.com/defense-space/military/av8b/... http://www.boeing.com/defense-space/military/av8b/... http://www.boeing.com/news/releases/2000/news_rele... http://edition.cnn.com/2003/WORLD/meast/03/18/sprj... http://www.defenseindustrydaily.com/2005/03/av8b-h... http://www.flightglobal.com/news/articles/farnboro... http://www.rtptv.homestead.com/rtpharrier.html http://uk.reuters.com/article/2009/02/27/fighter-l... http://tradiciondigital.es/2013/02/06/espana-se-qu...